Lelaki maut telan 246 paket plastik mengandungi kokain

Lelaki terbabit mengadu berasa tidak sihat tidak lama selepas menaiki pesawat di Mexico City pada Jumaat lalu.
Lelaki terbabit mengadu berasa tidak sihat tidak lama selepas menaiki pesawat di Mexico City pada Jumaat lalu.
A
A
A

TOKYO - Seorang lelaki warga Jepun dilaporkan meninggal dunia ketika menaiki penerbangan dari Mexico City selepas dipercayai menelan 246 paket plastik mengandungi kokain.

Susulan itu, pesawat yang menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Narita di Jepun itu terpaksa mendarat cemas di negeri Sonora selepas penumpang terbabit mengadu tidak sihat dalam kejadian pada Jumaat lalu.

Menurut pihak berkuasa, kematian lelaki berusia 42 tahun dikenali sebagai Udo N itu berpunca daripada serangan jantung akibat dos dadah yang tinggi.

"Paket yang ditemukan dalam perut dan ususnya ketika autopsi berukuran 2.5 sentimeter panjang dan 1 sentimeter lebar. Dia dipercayai menaiki penerbangan dari Bogota, Colombia ke ibu negara Mexico," ujar peguam di Sonora dalam satu kenyataan.

Difahamkan, 198 penumpang lain yang menaiki pesawat sama telah meneruskan perjalanan mereka selepas itu.

Sementara itu, pihak berkuasa persekutuan Mexico mengesahkan mereka akan mengambil alih siasatan kejadian tersebut. - Agensi

Artikel Berkaitan: