Polis cari lima individu

Razmi (tengah) bersama pegawainya menunjukkan wajah individu yang diburu di Pejabat IPK Terengganu, di sini hari ini.
Razmi (tengah) bersama pegawainya menunjukkan wajah individu yang diburu di Pejabat IPK Terengganu, di sini hari ini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU- Polis Terengganu memburu lima individu bagi membantu siasatan membabitkan kes samun bersenjata dan kes tetak di sekitar Kuala Nerus dan Besut pada 17 Mei lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Razmi Mohd Gunnos berkata, individu berusia antara 27 hingga 40 tahun itu sehingga kini masih belum dapat dikesan.

Katanya, dua di antara mereka yang dicari masing-masing berusia 27 dan 34 tahun dari Mengabang Telipot, Kuala Nerus yang terbabit dalam kes samun rumah seorang pensyarah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Kampung Padang Nenas, Kuala Nerus.

"Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi, kediaman wanita berusia 33 tahun itu yang tinggal berseorangan 'diserbu' 10 lelaki tidak dikenali bersenjatakan pisau, kayu dan besi.

"Lima daripada mereka masuk ke dalam rumah mangsa sebelum melarikan wang tunai sejumlah RM5,000 dan dua buah telefon bimbit.

"Susulan laporan dibuat mangsa, seramai lapan suspek berjaya ditahan manakala dua lagi sedang diburu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata," katanya.

Dikehendaki bantu siasatan kes samun bersenjata di Kuala Nerus
Dikehendaki bantu siasatan kes samun bersenjata di Kuala Nerus

Beliau berkata sedemikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini, hari ini.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, tiga lagi individu berusia antara 35 hingga 40 tahun masing-masing dari Kuala Besut dikesan bagi membantu siasatan kes tetak seorang lelaki di Kuala Besut.

"Kejadian itu hanya diketahui ibu mangsa, 56, selepas dimaklumkan oleh jiran yang anak lelakinya ditetak dipercayai menggunakan senjata pedang dan kelewang, kira-kira jam 10 pagi.

"Siasatan awal mendapati motif kejadian itu adalah berpunca daripada ketiga-tiga suspek yang dikenali mangsa tidak berpuas hati kerana menuduh lelaki itu memberitahu polis berhubung aktiviti penyalahgunaan dadah dilakukan mereka.

Dikehendaki bantu siasatan kes samun bersenjata di Kuala Nerus
Dikehendaki bantu siasatan kes samun bersenjata di Kuala Nerus

"Kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan parah," katanya.

Razmi berkata, pihaknya percaya kelima-lima individu terbabit masih berada di negeri ini.

"Kita juga mengingatkan orang ramai agar tidak menyembunyikan individu ini kerana mereka boleh dikenakan tindakan kerana bersubahat.

"Bagi orang ramai yang mempunyai maklumat, boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah (KBSJ) Daerah Kuala Terengganu di talian 012-3258059 atau 09-6322222 dan KBSJ Besut di talian 019-6555596 atau 09-6956222 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.

Dikehendaki bantu siasatan kes tetak di Kuala Besut
Dikehendaki bantu siasatan kes tetak di Kuala Besut