Kulit kendur, model kelihatan lebih tua daripada usia

Sara menghidapi penyakit Dermatosparaxis Ehlers-Danlos syndrome (EDS). - Mirror
Sara menghidapi penyakit Dermatosparaxis Ehlers-Danlos syndrome (EDS). - Mirror
A
A
A

MINNEAPOLIS - Seorang model lebih tua daripada usianya apabila kulitnya kelihatan kendur akibat menghidapi penyakit Dermatosparaxis Ehlers-Danlos Syndrome (EDS).

Meskipun terkejut dengan perubahan drastik kulitnya, Sara Geurts, 28, tidak menjadikan penyakitnya halangan untuk menjadi seorang model dua tahun lalu.

Gadis dari Minneapolis, Minnesota memiliki kulit yang lembut, kendur, berminyak selain sendi ototnya lemah akibat penyakit itu.

Memulakan kerjayanya pada 2017, Sara memberitahu, dia sentiasa positif dan sering memuat naik gambarnya di media sosial hingga mendapat perhatian netizen.

Sara kini memiliki peminatnya tersendiri dan hampir 80,000 pengikut di Instagram miliknya.

Bagaimanapun sejak kebelakangan ini, kesihatannya Sara semakin merosot.

"Saya tidak lalu makan hingga hilang berat badan kira-kira enam kilogram. Ramai kenalan mengambil berat tentang saya. Mereka risau melihat saya kurus," katanya mengetahui penyakit itu ketika usia 17 tahun.

Katanya, ketika berada di sekolah, dia sedaya upaya menyembunyikan perubahan drastik anggota badannya dan mengelakkan dari menjadi mangsa buli.

Artikel Berkaitan:

"Saya tidak mahu rakan tahu penyakit saya dan tidak berminat untuk memberitahunya.

"Namun ketika usia 22 tahun, saya mula sedar sampai bila saya perlu sembunyikan penyakit ini, hinggalah pada tahun 2015, saya memuat naik gambar di 'Tumblr Page' 'Love Your Lines'.

"Maklum balas sangat luar biasa dan lebih 25,000 individu menyukainya," katanya. - Mirror