MB Terengganu nasihat jaga solat

Ahmad Samsuri (kiri) dan Khalid (dua, kanan) sewaktu melawat mangsa banjir di Dewan Sivik Kampung Tanjung Paya.
Ahmad Samsuri (kiri) dan Khalid (dua, kanan) sewaktu melawat mangsa banjir di Dewan Sivik Kampung Tanjung Paya.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Jaga solat walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Itu nasihat Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kepada petugas dan mangsa banjir.

Sebelum itu, beliau bersama isteri, Tuan Faizah Tuan Abdul Rahman membuat kunjungan ke Pusat Pemindahan Banjir Dun Bandar di Dewan Sivik Kampung Tanjung Paya, di sini.

Pusat pemindahan itu menempatkan sebuah keluarga, yang terdiri daripada 13 orang termasuk warga emas, dewasa dan lima kanak-kanak.

Pegawai Khas Adun Bandar, Khalid Ambak berkata, pusat pemindahan pertama di Dun itu dibuka petang kelmarin berikutan banjir kilat yang berlaku.

“Kawasan Dun Bandar sebenarnya jarang berlaku banjir, biasanya hanya banjir kilat. Namun keluarga terlibat terpaksa berpindah bagi menjamin keselamatan mereka, kerana kadang-kadang bencana ini kita tidak boleh jangka.

“Keperluan mereka telah kita sediakan, termasuklah makanan, kelengkapan penginapan, tilam, tikar dan selimut,” katanya.

Turut hadir, Penyelia I-MiTS Dun Bandar, Sayyid Hasan dan wakil Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Tanjung Pantai.

Khalid turut merakamkan penghargaan kepada Dr Ahmad Samsuri yang sanggup turun padang bertemu mangsa banjir, di samping semua agensi berkaitan yang terlibat dalam operasi banjir kali ini.

Artikel Berkaitan: