Penulenan air larut lesap alternatif batu fosfat dalam baja

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Lynas Malaysia Sdn Bhd berkata sisa penulenan air larut resap (WLP), yang merupakan fosfat besi yang dihasilkan oleh kilangnya, boleh digunakan sebagai sumber fosfat dalam baja dan pembaik tanah kimia, yang dapat membantu mengurangkan import batu fosfat.

Pengurus Besar Keselamatan Radiasi, Peraturan dan Pematuhan Lynas, Prof. Dr. Ismail Bahari berkata menurut kajian yang dijalankan oleh Prof. Dr. Mohammed Hanafi Musa dari Universiti Putra Malaysia, yang membuat pengkhususan dalam bidang kimia tanah dan pemakanan tumbuhan, residu WLP mengandungi 34-49.4 peratus bersamaan P2O2 (Diphosphorus Dioxide).

"Nilai ini lebih tinggi atau bersamaan dengan beberapa sumber bahan fosfat atau sumber fosfat larut air (Triple Super Phosphate), batu fosfat Christmas Island, batu fosfat China, batu fosfat Mesir dengan masing-masing mengandungi TSP sebanyak 31 peratus, 32 peratus, 28 peratus dan 46 peratus," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Setiap tahun, Malaysia mengimport batu fosfat, atau fosforus, untuk digunakan sebagai bahan mentah bagi baja. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, Malaysia mengimport 357,531 tan baja yang mengandungi fosforus dengan kos bernilai AS$27.52 juta (kira-kira RM114.93 juta), pada 2018.

"Pengguna utama baja di Malaysia ialah industri kelapa sawit. Inovasi perlu dilakukan untuk menambah baik hasil dan keuntungan oleh penanam kelapa sawit. Pekebun kecil merupakan golongan yang paling terjejas, dan mereka merupakan penerima manfaat utama jika hasil meningkat," katanya.

Dari segi radioaktif, residu WLP, Batu Fosfat serta baja fosfat telah terbukti mengandungi paras bahan radioaktif yang rendah yang berlaku secara semula jadi.

Radioaktiviti dalam residu WLP adalah setanding dengan yang terdapat dalam batu fosfat dan baja fosfat. Baja fosfat berulang kali digunakan dalam bidang pertanian sejak pertama kali ditemui.

Penggunaan residu WLP sebagai sumber fosfat dapat mengurangkan pergantungan kepada batu fosfat yang diimport.

Artikel Berkaitan:

Susulan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas, kerajaan telah menyatakan komitmennya untuk meningkatkan kelestarian alam sekitar menerusi pertumbuhan hijau serta memperkukuh pertumbuhan ekonomi sebagai antara dua daripada enam tonggak.

WLP yang dihasilkan oleh Lynas dalam negara, boleh memberi pilihan alternatif dan mampan daripada mengimport batu fosfat dan baja fosfat yang banyak, katanya. - Bernama