Pemandu maut kereta bertembung bas ekspres

Anggota bomba membantu mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit.
Anggota bomba membantu mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit.
A
A
A

KUANTAN - Seorang pemandu maut selepas kereta dipandu terbabit kemalangan dengan dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 333, Jalan Kuala Lumpur- Kota Bharu berhampiran simpang Kuala Dong, Raub, awal pagi tadi.

Dalam kemalangan kira-kira jam 4.10 pagi itu, pemandu kereta, Chan Tian Lai, 47, beralamat di Kampung Baru Jerkoh, Benta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemandu bas, Mohd Anssari Che Soh, 38, dari Kuala Krai, pemandu kedua dan 13 penumpangnya dilapor selamat.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, bas ekspres terbabit dalam perjalanan dari arah Kota Bharu menghala ke Kuala Lumpur manakala kereta jenis Proton Wira dipandu mangsa dari arah bertentangan.

Menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian, kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan.

Keadaan kereta dipandu mangsa selepas terbabit kemalangan dengan sebuah bas di Kilometer 333, Jalan Kuala Lumpur- Kota Bharu awal pagi tadi.
Keadaan kereta dipandu mangsa selepas terbabit kemalangan dengan sebuah bas di Kilometer 333, Jalan Kuala Lumpur- Kota Bharu awal pagi tadi.

“Pemandu bas mendakwa dia tidak sempat menekan brek berikutan jarak terlalu dekat lalu terlanggar kereta tersebut.

“Disebabkan pelanggaran itu, mangsa tersepit di tempat duduk pemandu dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Kamarulzaman berkata, mayat mangsa dikeluarkan dengan bantuan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Raub yang tiba di lokasi untuk bantuan menyelamat mangsa terlibat.

“Kemalangan ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.