Subang khusus hiasan wanita: Da'i Syed tegur Wanss Ahmad

Pelakon, Wanns Ahmad
Pelakon, Wanns Ahmad
A
A
A

GARA-GARA memakai subang palsu untuk berlakon, pelakon Wanns Ahmad ditegur oleh Da'i Syed, baru-baru ini.

Tegur Syed bersulam dalil kepada pelakon itu seperti di ruang komen, subang khususnya adalah perhiasan bagi kaum perempuan.

Sementelah itu, bercakap kepada Sinar Harian, Wanss berkata, dia tiada niat untuk memakai semata-mata mengikut trend kerana tahu ia haram bagi seorang lelaki terutamanya beragama Islam.

"Tiada niat lansung nak berfesyen dengan subang. Malah, saya tahu ia tidak baik atau haram berpakain ala perempuan.

"Sebenarnya subang tu dibeli untuk sebagai prop wardrobe shooting kemudian terus cuba pakai dan lupa buka.

"Saya ambil gambar dan post, tak perasan pula ada subang, cuma perasan ada peminat tegur di IG," tuturnya.

Mengenai kerjaya sebagai pelakon Wanns baru sahaja habis menjalani penggambaran Puteri Saadong The Series dan berharap agar ia nanti mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

Artikel Berkaitan: