Pemuda Pas Dun Bandar agih 250 bungkus ABC percuma

Ahmad Nazmi mengagihkan ABC kepada pengguna jalan raya di lampu isyarat Pulau Kambing, Kuala Terengganu, semalam.
Ahmad Nazmi mengagihkan ABC kepada pengguna jalan raya di lampu isyarat Pulau Kambing, Kuala Terengganu, semalam.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Sebanyak 250 bungkus air batu campur (ABC) percuma diagihkan kepada pengguna jalan raya yang melalui lampu isyarat Pulau Kambing, di sini, semalam.

Agihan yang bermula kira-kira jam 5.30 petang dan berakhir jam 6.30 petang itu merupakan anjuran Pemuda Pas DUN Bandar.

Ketua Pemuda Pas DUN Bandar, Ahmad Nazmi Jusoh berkata, agihan minuman untuk berbuka kepada penduduk sentiasa diadakan pihaknya setiap kali Ramadan.

Katanya, ia menjadi aktiviti tahunan yang wajib bagi pihaknya, bagi memeriahkan lagi suasana bulan yang penuh keberkatan itu.

"Memang setiap tahun, kami mengagihkan minuman percuma untuk berbuka puasa dan biasanya air soya akan diagihkan kepada pengguna jalan raya di sini.

"Bagaimanapun, pada tahun ini, kami berpakat untuk membuat sedikit kelainan dengan mengagihkan ABC pula," katanya kepada Sinar Harian.

Turut hadir meraikan program ADUN Bandar, Ahmad Shah Muhamed.

Artikel Berkaitan: