Kor Ming cadang Najib guna Parlimen jadi medan debat

Kor Ming (tengah) sedia beri ruang kepada Najib meneruskan perdebatan di Parlimen.
Kor Ming (tengah) sedia beri ruang kepada Najib meneruskan perdebatan di Parlimen.
A
A
A

TAIPING - Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming mencadangkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjadikan Parlimen sebagai medan perdebatan bersama Lim Kit Siang.

Kor Ming berkata, Dewan Rakyat merupakan gelanggang terbaik kepada Ahli Parlimen Pekan dan Iskandar Puteri itu meneruskan cabaran sekali gus memberi manfaat kepada rakyat dan negara.

“Saya akan benarkan beliau (Najib) berdebat di Parlimen. Beliau boleh jadikan Dewan Rakyat ini sebagai medan debat dan jangan ponteng hadir Parlimen.

“Kita bukan nak sekat suara Najib, beliau boleh pergi mahkamah berpeluang untuk membela diri dan selaku Timbalan Speaker, saya akan beri beliau ruang dan peluang secukupnya untuk beliau debat,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, penarikan diri Kit Siang dalam perdebatan itu dilihat bertepatan untuk menghindari wujudnya sebarang konflik terutamanya sentimen perkauman.

“Tujuan perdebatan itu adalah salah satu usaha untuk mencari publisiti murahan dan kita rasa tidak perlu membazir masa untuk melayan beliau yang kini sedang menghadapi pelbagai tuduhan di mahkamah.

“Perdebatan itu juga tidak memberi manfaat kepada rakyat dan sewajarnya Kit Siang menumpukan fokusnya membawa reformasi kepada institusi dan sistem negara,” katanya.

Artikel Berkaitan: