X

Kindly register in order to view this article
!

Dua anak lahir hari Jumaat: Hairul Azreen

Hairul, Hanis bersama anak kedua mereka, Alisa Aisyah
A
A

TAHNIAH kepada pasangan selebriti Hairul Azreen dan isterinya Hanis Zalikha yang telah mendapat seorang cahaya mata perempuan semalam.

Hairul berkongsi rasa syukur dengan kehadiran anak keduanya itu.

"Assalamualaikum, saya dengan penuh rasa kesyukuran ingin berkongsi berita gembira, pada bulan Ramadan ini isteri saya Hanis selamat melahirkan cahaya mata perempuan kami, Alisa Aisyah Binti Hairul Azreen petang tadi (Jumaat) 5.59 petang," tulisnya.

Hairul dan Alisa Aisyah
Hairul dan Alisa Aisyah

Apa yang membuatkan Hairul lebih gembira kerana kedua-dua anaknya itu dilahirkan pada hari Jumaat.

"Thank you Mommy @haniszalikha, thank you sayang, thank you my bam bam," coret Hairul.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf