Fama harap projek MYFFU tembusi pasaran negara teluk

Pengerusi FAMA Ishak Ismail (dua, kiri) memasukkan kotak produk makanan ke dalam kontena sewaktu Majlis Pelepasan Penerokaan Pasaran Produk Agro Makanan Malaysia Ke Arab Saudi sempena projek Malaysia Food For Ummah (MYFFU) di Ibu Pejabat FAMA Selayang hari ini.
Projek MYFFU yang telah bermula sejak tahun 2016 ini bertujuan merintis ruang pasaran produk Agro Makanan Halal keluaran Malaysia ke pasaran negara Gulf Coorperation Council (GCC) khususnya Arab Saudi.- FOTO BERNAMA
Pengerusi FAMA Ishak Ismail (dua, kiri) memasukkan kotak produk makanan ke dalam kontena sewaktu Majlis Pelepasan Penerokaan Pasaran Produk Agro Makanan Malaysia Ke Arab Saudi sempena projek Malaysia Food For Ummah (MYFFU) di Ibu Pejabat FAMA Selayang hari ini. Projek MYFFU yang telah bermula sejak tahun 2016 ini bertujuan merintis ruang pasaran produk Agro Makanan Halal keluaran Malaysia ke pasaran negara Gulf Coorperation Council (GCC) khususnya Arab Saudi.- FOTO BERNAMA
A
A
A

KUALA LUMPUR - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) mengharapkan projek Malaysia Food for Ummah (MYFFU) akan membuka pintu pasaran produk agromakanan halal di negara-negara teluk.

Pengerusinya, Ishak Ismail berkata, ini adalah satu langkah penting Fama bagi mengembangkan produk agro halal Malaysia ke pasaran negara Gulf Coorperation Council (GCC) termasuk Oman dan Qatar.

"Mengikut pengalaman usahawan dan pihak FAMA sekiranya kita berjaya melalui pasaran Arab Saudi maka ia memudahkan perkembangan produk agro ini ke negara teluk lain termasuk Oman, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu," katanya pada sidang media upacara majlis Flag-Off Penerokaan Pasaran Produk Agro Makanan ke Arab Saudi di sini, hari ini.

Ishak juga menyasarkan usahawan produk agro dapat menembusi pasaran negara teluk pada tahun 2020.

Sehubungan itu, Ishak turut menambah produk halal keluaran Malaysia turut mendapat permintaan tinggi dari negara-negara Timur Jauh seperti Jepun dan Korea Selatan.

"Di Jepun, pada bulan November akan diadakan Malaysian Festival dan mereka mengharapkan produk halal keluaran usahawan Malaysia dapat dipasarkan di sana bersempena Sukan Olimpik yang bakal berlangsung tahun hadapan di Tokyo bagi memenuhi keperluan atlet Muslim, " katanya.

Terdahulu produk agro terbabit akan dihantar ke Arab Saudi pada 27 Mei ini dan dijangka tiba pada 18 Jun depan.

Sebanyak 14 syarikat tempatan dengan 23 Stock Keeping Unit (SKU) terlibat dalam hantaran produk Ready To Eat (RTE) dan Ready to Drink (RTD) untuk jualan promosi di kiosk hotel penginapan jemaah haji Malaysia. - Bernama

Artikel Berkaitan: