X

Kindly register in order to view this article
!

Kes mayat terapung dalam Sungai Perai ada unsur jenayah

Nik Ros Azhan
A
A

BUKIT MERTAJAM - Polis percaya kes penemuan mayat dengan kesan luka di beberapa bahagian badan di dalam Sungai Perai bersebelahan Ampang Jajar semalam terdapat unsur jenayah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, ia berikutan keputusan bedah siasat yang dilakukan pakar forensik di Hospital Seberang Jaya di sini petang semalam mendapati terdapat kesan kecederaan akibat dipukul dengan senjata tumpul pada bahagian kepala.

Menurutnya, mayat lelaki berkenaan yang tidak diketahui identiti ditemui dalam keadaan tertiarap tanpa pakaian oleh orang awam yang melalui kawasan berkenaan kira-kira jam 11.10 pagi, sebelum memaklumkan kepada pihak polis. . "Pemeriksaan awal dibuat mendapati terdapat kesan luka di bahagian dada sebelah kanan, lengan sebelah kanan dan bahagian punggung disyaki dimakan bintang buas.

"Mayat lelaki berusia antara 30 hingga 50 tahun itu disyaki telah meninggal dunia lebih daripada tiga hari berdasarkan keadaan mayat yang sudah kembung," katanya ketika dihubungi di sini.

Nik Ros Azhan berkata, mayat lelaki berkenaan mungkin adalah warga asing berikutan pemeriksaan pada badan mangsa tidak menemui kesan suntikan BCG.

Turut ditemui kesan tatoo pada lengan mayat berkenaan.

Katanya, kes tersebut yang sebelum ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Tambahnya, orang ramai yang kehilangan anggota keluarga boleh menghubungi mana-mana balai polis untuk membuat pengecaman.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!