Dua pelajar Sekolah Tunas Bakti larikan diri

Sekolah Tunas Bakti
Sekolah Tunas Bakti
A
A
A
TELOK AIR TAWAR - Dua pelajar Sekolah Tunas Bakti disini dipercayai melarikan diri dari sekolah ini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata kehilangan dua pelajar ini dilaporkan kepada pihak polis kira-kira jam 9.21 malam tadi.

"Kehilangan dua pelajar ini disedari semasa membuat panggil nama di hadapan dewan makan mendapati kedua-dua suspek tiada dalam baris dan dipercayai telah melarikan diri.

"Pencarian di sekitar kawasan Telok Ayer Tawar telah dilakukan namun kedua suspek gagal ditemui," katanya.

Katanya, siasatan awal polis mendapati kedua-dua suspek baru sahaja melaporkan diri di sekolah tersebut pada 13 Disember lalu.

"Kedua suspek kali terakhir dilihat sebelum waktu makan malam dan hasil pemeriksaan lanjut dapati tiada sebarang kebenaran atau permohonan pergerakan keluar daripada mereka.

"Pakaian terakhir yang dipakai oleh kedua suspek adalah T-shirt warna biru (jenama dan logo tidak pasti) dengan seluar panjang warna hitam dan T-shirt warna putih (jenama dan logo tidak pasti) dengan seluar panjang warna hitam," katanya.

Menurutnya, pihak polis berharap orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian agar dapat menghubungi pihak polis.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 71 Akta Kanak-Kanak 2001. Polis masih dalam usaha mengesan suspek dan orang awam yang mempunyai maklumat boleh menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu pihak polis," katanya.
Artikel Berkaitan: