Pas akan bincang piagam dengan UMNO: Tuan Ibrahim

 Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man
A
A
A

KOTA BHARU - Pas mengakui dalam proses mengadakan perbincangan lanjut mengenai piagam bersama UMNO bagi kerjasama muafakat dengan parti itu selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kedua-dua parti melalui Jawatankuasa Induk akan memperincikan piagam tersebut dan membincangkan apa yang dipersetujui atau tidak dipersetujui sebelum sebarang kerjasama muafakat dibuat selepas ini.

"Piagam ini adalah sekadar deklarasi Muafakat Perpaduan Ummah. Sebelum ini kerjasama kita melibatkan tiga fokus utama iaitu bersetuju untuk bertanding satu lawan satu untuk mana-mana PRK, bermuafakat pertahankan agenda Islam dan ketiga susun kembali bahagian diperingkat parlimen. Maka untuk kali ini mungkin skopnya akan lebih besar,"katanya kepada pemberita disini malam tadi.

Beliau yang ditemui di Madinah Ramadan malam tadi diminta mengulas mengenai penyatuan Pas dan UMNO yang kini memasuki fasa baharu apabila mereka dikatakan akan memeterai satu piagam kerjasama secara rasmi, selepas Aidilfitri ini.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, perkara itu sudah berada di peringkat penelitian akhir membabitkan jawatankuasa tertinggi dua parti berkenaan.

Menurutnya, piagam yang dibuat tidak perlu persetujuan Majlis tertinggi Pas dan Majlis Syura Ulamak kerana piagam yang ini tidak melibatkan kerjasama sehingga ke tahap Tahaluf Siyasi dengan UMNO.

“Ini kerjasama biasa, kalau melibatkan Tahaluf memang kena melalui Majlis Syura atau pun muktamar khas jika perlu. Namun jika sekadar kerjasama perpaduan untuk muafakat ummah, tidak perlu peringkat tersebut.

"Bagaimanapun, rakyat jangan risau, semuanya masih dalam perbincangan, sebarang keputusan lanjut kita akan maklumkan. Apa yang penting semua kena faham, ini adalah perpaduan permuafakatan,"katanya.

Artikel Berkaitan: