MPK sumbang baju raya kepada 130 asnaf

Seramai 130 asnaf diraikan sempena program Semarak Kasih di Kulim Central, baru-baru ini.
Seramai 130 asnaf diraikan sempena program Semarak Kasih di Kulim Central, baru-baru ini.
A
A
A

KULIM - Seramai 130 asnaf dari seluruh daerah ini menerima sumbangan baju raya daripada Majlis Perbandaran Kulim (MPK) sempena program Semarak Kasih di Kulim Central, baru-baru ini.

Yang Dipertua MPK, Rohaizad Rashid berkata, program itu merupakan salah satu usaha murni untuk mendekatkan masyarakat dengan pihak berkuasa tempatan.

Menurutnya, selain asnaf, murid-murid dari 11 buah Sekolah Rakan Strategik Majlis Perbandaran Kulim turut diraikan pada program itu.

“Matlamat program ini adalah meraikan dan membantu golongan memerlukan terutamanya kanak-kanak dengan harapan dapat berkongsi rezeki serta kegembiraan untuk menyambut Aidilfitri.

“Mereka dibawa ke Kulim Central untuk merasai sendiri suasana persiapan membeli belah kelengkapan baju raya di pasar raya itu,” katanya.

Rohaizad berkata, ahli majlis MPK yang terpilih dan anggota kontrak pembersihan pejabat turut diraikan pada program itu.

“MPK memperuntukkan RM150 setiap penerima untuk membeli baju raya,” katanya.

Beliau berkata, MPK mendapat kerjasama dan sokongan pihak Kulim Central yang membantu menjayakan program amal tersebut.

“Pelbagai premis perniagaan yang ada di Kulim Central juga turut serta membantu melaksanakan program itu. Program ini akan diadakan secara berterusan pada tahun akan datang,” katanya.

Artikel Berkaitan:


Terdahulu, Rohaizad meluangkan masa beramah mesra dengan penerima untuk memilih baju raya mereka.

Turut hadir ahli majlis MPK, guru-guru sekolah, pegawai dan juga anggota MPK.