X

Kindly register in order to view this article
!

Zahid ada hak untuk kekal sebagai Presiden UMNO, kata Annuar Musa

Annuar membantu memilih baju raya 122 kanak-kanak di Pasaraya Mydin Kubang Kerian hari ini.
A
A

KOTA BHARU – Semua pihak diminta untuk menghormati permintaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk kekal sebagai Presiden UMNO.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, Ahmad Zahid masih bertindak sebagai Presiden UMNO dan hanya bercuti buat sementara selepas memberi tugas berkenaan kepada Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai pemangku, Disember lalu.

“Beliau (Ahmad Zahid) berkorban demi memberi laluan kepada proses pemulihan parti dan jika ketika ini beliau membuat keputusan lain, itu hak beliau.

“Pendapat yang dikeluarkan oleh beberapa ketua UMNO bahagian termasuk UMNO Tebrau, hanya bersifat pandangan peribadi,” katanya pada sidang akhbar Pemuda dan Puteri UMNO Cakna Asnaf, hari ini.

Annuar Musa berkata, usah ambil serius mengenai pandangan peribadi segelintir pemimpin sedangkan Ahmad Zahid mendapat mandat untuk menerajui UMNO daripada 100,000 perwakilan.

Katanya, semua pihak perlu mengurangkan spekulasi sebaliknya terus membantu parti dan menyelamatkan negara.

Annuar bemesra dengan Pemuda Umno Ketereh, hari ini.
Annuar bemesra dengan Pemuda Umno Ketereh, hari ini.

Menurutnya, UMNO perlu berubah kerana usaha untuk membaiki negara semakin besar, ekoran kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika ini.

Beliau berkata, kegagalan itu tidak boleh dibiar kerana ia menyebabkan rakyat teraniaya malah kini menimbulkan keresahan umat Islam dan Melayu.

“Susun semula organisasi, tingkatkan keazaman agar tiada penyelewengan, dan perangi rasuah.

“Biar proses itu berlaku dalam dan luar UMNO, setakat ini ia berjalan dengan baik dan rakyat termasuk anak muda sudah menerima kembali UMNO,” katanya.

UMNO Tebrau meminta Presidennya terus bercuti atau melepaskan jawatan demi kepentingan parti.

Isnin lalu, Ketua UMNO Tebrau, Datuk Maulizan Bujang berkata, Ahmad Zahid perlu terus bercuti atau berhenti dan tidak acah-acah mahu balik (sebagai Presiden UMNO) kerana ia tidak baik untuk parti.

Menurutnya, UMNO dilihat stabil dan lebih diyakini rakyat di bawah kepimpinan Mohamad.

ARTIKEL BERKATAN Zahid diminta terus bercuti, lepaskan jawatan


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus