Warisan kecam tindakan pihak kaitkan urusan melibatkan JPN

No Image Caption
A
A
A

KOTA KINABALU - Parti Warisan Sabah (Warisan) mengecam tindakan sesetengah pihak yang mengaitkan parti itu dalam urusan yang melibatkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) seperti yang telah tular di media sosial.

Setiausaha Agung Warisan, Loretto Padua menafikan Warisan terlibat dalam apa-apa pengurusan yang melibatkan JPN kerana bukan menjadi tugas parti itu untuk berurusan dengan agensi itu.

"Saya mengakui jika dilihat daripada gambar borang tersebut tidak jelas apa sebenarnya tujuan borang tersebut diedarkan kerana tidak ada tertulis pada borang tersebut, namun daripada gambar-gambar lain yang sama-sama tular di media sosial ada ditunjukkan resit permohonan MyKad.

"Warisan sejak dari awal lagi mengecam tindakan sesetengah pihak yang bertindak menyalahi undang-undang dengan memberikan Mykad kepada Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)," katanya.

Loretto berkata dengan mengaitkan logo Warisan pada borang kerajaan adalah satu fitnah kepada Warisan yang bertujuan untuk memburuk-burukkan Warisan serta pemimpinnya.

Menurutnya berkemungkinan juga wujud sindiket-sindiket tertentu yang ingin mengaut keuntungan dan pada masa sama mengaibkan Warisan. – Bernama

Artikel Berkaitan: