Polis cekup dua 'pusher' termasuk lelaki Iran

Antara dadah yang dirampas dengan tertangkapnya suspek di ibu negara, semalam.
Antara dadah yang dirampas dengan tertangkapnya suspek di ibu negara, semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis memberkas dua 'pusher' dadah yang dipercayai aktif di sekitar Lembah Klang dalam serbuan berasingan di sekitar Cheras, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, tangkapan pertama kira-kira jam 3.50 petang diketuai oleh Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.

Dalam serbuan itu, polis berjaya menahan seorang lelaki tempatan di kawasan tempat letak kereta di sebuah kondominium di Taman Shamelin Perkasa, Cheras.

Menurutnya, pemeriksaan pada beg yang dipegang suspek menjumpai dua peket plastik disyaki berisi dadah jenis methamphetamine seberat kira-kira 2.07 kilogram (kg) bernilai RM111,100.

Antara dadah yang dirampas dengan tertangkapnya suspek di ibu negara, semalam.
Antara dadah yang dirampas dengan tertangkapnya suspek di ibu negara, semalam.

"Semakan lanjut mendapati suspek berumur 38 tahun dan tidak bekerja itu mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah pada tahun tahun 2008.

"Malah ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positif dadah," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Mengulas lanjut, kes tangkapan kedua pula melibatkan seorang lelaki warga Iran berusia 27 tahun pada jam 8 malam di pekarangan lobi sebuah pusat membeli-belah di Jalan Peel, Cheras, di sini.

Artikel Berkaitan:

Katanya, polis merampas dua peket plastik lut sinar disyaki berisi dadah ketamin dianggar seberat 1kg bernilai RM61,485.

"Suspek yang tidak bekerja itu bagaimanapun gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri dan akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. Ujian saringan air kencing juga mengesahkan suspek positif dadah," katanya.

Tambahnya, siasatan masih dijalankan bagi mendapatkan maklumat punca bekalan dadah terbabit diperoleh dan sejak bila kegiatan pengedaran suspek dilakukan.

"Kedua-dua suspek ini kini direman enam hari sehingga Selasa depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.