Sultan Brunei hadir beri penghormatan terakhir

Sultan Hassanal Bolkiah (tengah) diiringi Tengku Hassanal Ibrahim masuk ke dalam balairung Seri Istana Abu Bakar, sebentar tadi.
A
A

PEKAN - Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah tiba di Balairung Seri Istana Abu Bakar pada jam 12.30 tengah hari ini bagi membuat penghormatan terakhir kepada Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Al Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah.

Baginda diiringi Pemangku Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sultan Hassanal Bolkiah kemudian memberi penghormatan kepada Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Al Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah dan bersalaman dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta kerabat Diraja.

ARTIKEL BERKAITAN: Sultan Ahmad Shah mangkat

Sultan Pahang kelima, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri‘ayatuddin Al Muadzam Shah mangkat di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pada jam 8.50 pagi semalam.

Almarhum akan dimakamkan di Makam Diraja di Pekan, selepas Zohor hari ini.

Baginda merupakan Sultan Pahang kelima dan ayahanda kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah.