Sultan Kedah rafak takziah kepada Agong dan keluarga

Kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Tuanku Sultan Kedah.
Kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Tuanku Sultan Kedah.
A
A
A

ALOR SETAR - Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff merafak sembah takziah di atas kemangkatan Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Sultan Abu Bakar Ri‘ayatuddin Al Muadzam Shah semalam.

Pejabat Tuanku Sultan Kedah dalam satu kenyataan berkata, sembah takziah juga kepada Tuanku Sultanah Hajjah Kalsom Abdullah serta seluruh Kerabat Diraja Pahang.

Dalam pada itu, Bendera Kedah dan bendera Malaysia juga dikibarkan separuh tiang pada hari ini bagi menghormati kemangkatan Sultan Ahmad Shah.

Setiausaha Bahagian (Khidmat Pengurusan) Kerajaan Negeri Kedah, Tunku Iskandar Shah Tunku Muszaffar Shah berkata, arahan tersebut berkuatkuasa serta-merta dan ia telah dikeluarkan kepada Ketua Jabatan Negeri, Persekutuan dan Daerah, Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan, Pengurusan Badan Berkanun Negeri dan Persekutuan, Pihak Pengurusan Syarikat Berkaitan Kerajaan dan Pihak Pengurusan Syarikat Swasta.

Artikel Berkaitan: