Kampung Pulau Meranti dilanda banjir kilat

Kejadian banjir kilat menyebabkan beberapa rumah penduduk dinaiki air.
Kejadian banjir kilat menyebabkan beberapa rumah penduduk dinaiki air.
A
A
A

PUCHONG - Lebih 10 rumah dan beberapa kenderaan tenggelam selepas hujan lebat kira-kira sejam di beberapa kawasan sekitar Dengkil di sini petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya segera menjalankan pemantauan selepas menerima panggilan berhubung kejadian tersebut.

"Setakat ini banjir hanya melibatkan Kampung Pulau Meranti.

"Sebanyak 10 buah rumah dan beberapa kenderaan dinaiki air namun tiada penduduk dipindahkan setakat ini.

"Keadaan masih terkawal dan air surut tidak lama kemudian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Antara kenderaan milik penduduk tenggelam dalam kejadian banjir kilat di Kampung Pulau Meranti di sini petang tadi.
Antara kenderaan milik penduduk tenggelam dalam kejadian banjir kilat di Kampung Pulau Meranti di sini petang tadi.

Beliau berkata, setakat ini banjir didapati berpunca daripada hujan lebat yang berterusan.

"Air naik mendadak selepas hujan lebat bermula kira-kira jam 2.30 sehingga 3.30 petang.

"Kuantiti hujan direkod 54.5 milimeter petang tadi menyebabkan air parit melimpah ke kawasan rendah dan menjadi punca banjir kilat," katanya.

Artikel Berkaitan: