Malaysia tawar biasiswa kepada pelajar Palestin

Tun Dr Mahathir Mohamad berucap pada Majlis Berbuka Puasa Tahunan Kali Kesembilan Bersama Masyarakat Palestin di Malaysia di Dewan Sri Endon Puspanitapuri hari ini. Foto: Bernama
Tun Dr Mahathir Mohamad berucap pada Majlis Berbuka Puasa Tahunan Kali Kesembilan Bersama Masyarakat Palestin di Malaysia di Dewan Sri Endon Puspanitapuri hari ini. Foto: Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata kerajaan memutuskan untuk menawarkan biasiswa buat pelajar-pelajar dari Palestin meneruskan pengajian mereka di peringkat sarjana muda, sarjana dan Phd di 12 universiti ternama di Malaysia.

Biasiswa yang bernilai RM11.48 juta itu akan ditawarkan menerusi Pertubuhan Kebudayaah Palestin Malaysia (PCOM).

Pengumuman itu dibuat di Puspanitapuri, di sini hari ini, sejurus selepas majlis Iftar anjuran PCOM yang turut dihadiri oleh isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, bekas pengerusi Hamas Khalid Meshaal dan Pengerusi PCOM Muslim Abu Umar.

Antara 12 universiti terlibat ialah Albukhary International University, Mahsa University, Kolej Universiti Islam Perlis, Multimedia University, UCSI University, Universiti Teknologi Petronas, Universiti Tenaga Nasional, Sunway University, Universiti Kuala Lumpur dan Universiti Utara Malaysia.

Ia merupakan inisiatif Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.- Bernama

Artikel Berkaitan: