Pesawat TUDM terbangkan jenazah Almarhum Sultan Ahmad Shah ke Pekan

No Image Caption
A
A
A

SUBANG - [DIKEMASKINI] Jenazah Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri‘ayatuddin Al Muadzam Shah diterbangkan menaiki pesawat Airbus A400M ke Istana Abu Bakar di Pekan, Pahang jam 6.30 petang ini.

Terdahulu, kenderaan membawa jenazah Almarhum tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini kira-kira jam 5.40 petang dari Istana Negara.

Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Sultanah Hajah Kalsom turut berangkat pulang menaiki pesawat sama.

Hadir memberi penghormatan terakhir Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dan Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.

Almarhum Sultan Ahmad Shah, mangkat di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur pada jam 8.50 pagi tadi.

Khabar dukacita itu disahkan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menerusi satu kenyataan media hari ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak berkata, jenazah Almarhum akan dimakamkan di Makam Diraja di Pekan selepas solat Zohor esok.

Artikel Berkaitan: