Kad Touch n Go tertera gambar Anwar palsu

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Touch ‘n Go memaklumkan bahawa kad yang tertera gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini tular di media sosial adalah palsu.

Menerusi satu kenyataan media hari ini, Touch 'n Go menasihatkan para pelanggannya supaya sentiasa merujuk kepada saluran rasmi media sosial Touch 'n Go di Facebook dan Twitter @Mytouchngo untuk maklumat terkini mengenai produk dan perkhidmatannya.

"Sila berhati-hati dengan penipuan di atas talian.

"Hubungi kami melalui Facebook Messenger, emel careline@touchngo.com.my atau +603 2714 8888 untuk sebarang keraguan," petik kenyataan berkenaan.

Hari ini tular di media sosial berhubung kad yang tertera wajah Ahli Parlimen Port Dickson berkenaan.

Menurut keterangan menerusi sebaran itu menyatakan bahawa orang ramai boleh dapatkan kad Touch 'n Go edisi terhad itu dan bakal nikmati tol percuma di semua tol lebuh raya.

Artikel Berkaitan: