Dua anggota polis cedera, MPV terbabas

Gambar yang tular di media sosial, kenderaan MPV polis dan Produa Kancil yang terjunam ke dalam longkang. - FOTO IHSAN INFO ROADBLOCK JPJ/POLIS
Gambar yang tular di media sosial, kenderaan MPV polis dan Produa Kancil yang terjunam ke dalam longkang. - FOTO IHSAN INFO ROADBLOCK JPJ/POLIS
A
A
A

SUBANG JAYA - Dua anggota polis cedera apabila kereta peronda polis (MPV) dinaiki terbabas ke dalam longkang ketika mengejar kenderaan mencurigakan cuba meloloskan diri dalam sekatan jalan raya sekitar jam 2 pagi kelmarin.

Dalam insiden itu, kereta MPV yang terbabas itu telah merempuh sebuah kereta Perodua Kancil yang diparkir di bahu jalan di Putra Perdana Subang Jaya sebelum kedua-dua kenderaan itu terjunam ke dalam longkang besar di tepi jalan berkenaan.

Kejadian menyebabkan kenderaan yang melepasi sekatan polis itu berjaya melarikan diri dan siasatan lanjut sedang dilakukan bagi mengenal pasti serta mengesan individu berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, insiden berkenaan menyebabkan dua anggotanya cedera dan dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan. Menurutnya, dua anggota berusia 30-an cedera, seorang terseliuh di bahu dan seorang lagi patah tangan.

“Siasatan lanjut sedang dilakukan berhubung kejadian sedang dilakukan dan polis juga giat mengesan suspek melarikan diri daripada sekatan jalan raya terbabit,” katanya.

Kejadian turut tular selepas gambar MPV dan Perodua Kancil terbabit dalam longkang terbabit tersebar di media sosial.

Artikel Berkaitan: