Penagih lari tinggal anak

Anggota AADK menahan dua beradik positif dadah jenis Methamphetamine.
Anggota AADK menahan dua beradik positif dadah jenis Methamphetamine.
A
A
A

YAN - Seorang lelaki bertindak melarikan diri dengan meninggalkan anaknya yang berusia empat tahun apabila diserbu pihak penguat kuasa Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), hari ini.

Pegawai AADK Yan, Mohamad Ramli berkata, ketika serbuan di sebuah rumah di Kampung Gelam 2 itu, terdapat dua lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun.

"Menyedari kehadiran pihak berkuasa, lelaki berusia 30-an itu melarikan diri ke kawasan bendang namun berjaya ditahan pihak penguat kuasa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Operasi yang bermula pada jam 8 pagi itu melibatkan beberapa buah kampung lain iaitu Bukit Besar dan Ruat.

Menurut Mohamad, adik lelaki berkenaan yang berusia 22 tahun turut ditahan kerana kedua-dua mereka positif dadah jenis Methamphetamine.

"Ketika ditahan adik lelaki berkenaan sedang tidur manakala isterinya keluar bekerja dan kami dimaklumkan rumah berkenaan menjadi port mereka melepaskan gian," katanya.

Lelaki yang melarikan diri meninggalkan anaknya ketika serbuan di rumahnya di Kampung Gelam 2.
Lelaki yang melarikan diri meninggalkan anaknya ketika serbuan di rumahnya di Kampung Gelam 2.

Katanya, dua beradik itu dikenakan perintah tahanan di Lokap Pusat Tahanan Reman AADK Kuala Muda.

Artikel Berkaitan:

Mereka bakal dibicarakan bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Tambah Mohamad, untuk lokasi kedua di Kampung Ruat, pihaknya berjaya menahan seorang penagih yang juga disahkan pesakit mental.

"Kita minta orang ramai agar memberikan kerjasama yang baik dengan pihak AADK dalam memastikan kegiatan penyalahgunaan dadah ini dapat dibanteras," katanya.