Polis Miri tahan tiga pengedar, rampas dadah lebih RM80,000

No Image Caption
A
A
A

MIRI - Tiga pengedar dadah termasuk dua wanita warga Vietnam ditahan dalam satu serbuan di sebuah penginapan mewah di Tanjung Lobang jam 11 pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak, Superintendan Sahar Abdul Latif berkata, dalam serbuan itu, pelbagai jenis dadah antaranya pil serta serbuk ekstasi, Erimin 5 dan ketamin dirampas dengan nilai rampasan berjumlah RM82,201.10.

"Ketiga-tiga suspek penganggur iaitu seorang lelaki tempatan berasal dari Jalan Pujut, Miri berumur 24 tahun manakala dua wanita warga Vietnam berumur 20-an," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sahar berkata, turut disita dalam serbuan tersebut ialah barangan kemas seperti rantai, cincin dan 28 keping bentuk kunci disaluti emas bernilai RM30,752.36.

"Aktiviti pengedaran dadah bermula pada awal tahun 2018 di sekitar pusat-pusat hiburan bandar raya Miri dan ujian saringan awal mendapati suspek lelaki positif dadah sementara dua suspek wanita negatif," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa kepada hukuman mati jika disabitkan kesalahan. - Bernama

Artikel Berkaitan: