Enam maut kebakaran hospital di Mumbai

Kebakaran di Hospital Employees State Insurance Corporation menyebabkan seluruh bangunan dipenuhi asap manakala enam orang maut manakala lebih 145 mangsa lain berjaya diselamatkan. - Foto: IndianExpress

A
A
A
MUMBAI - INDIA.Sekurang-kurangnya enam orang maut manakala lebih 145 mangsa lain berjaya diselamatkan, susulan kebakaran sebuah hospital kerajaan di India, semalam.

Kebakaran di tingkat empat Hospital Employees State Insurance Corporation di pinggir Marol, Mumbai menyebabkan seluruh bangunan lima tingkat terbabit dipenuhi asap.

Menurut sumber polis, enam orang maut,namun semua pesakit lain berjaya diselamatkan.

"Operasi mencari masih berjalan dan pihak bomba sedang memeriksa sama ada masih terdapat mangsa terperangkap,” kata polis.

Datuk Bandar Mumbai, Vishwanath Mahadeshwar pula memaklumkan punca kebakaran masih disiasat. - Reuters
Artikel Berkaitan: