Hanya bercakap perkara positif

Siti bersama dua rakan baiknya.
Siti bersama dua rakan baiknya.
A
A
A

YAN - Biarpun sudah menjangkau usia 85 tahun, seorang warga emas di Kampung Ban 7A dekat sini masih kuat dan mampu melaksanakan ibadah puasa tanpa sebarang masalah.

Warga emas berkenaan yang dikenali Siti Hamid mengakui sehingga kini dia tidak mengalami sebarang penyakit kerana sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat.

Menurutnya, sejak kematian suami pada tahun 2003 dia tinggal bersama anak-anaknya yang turut mendirikan rumah bersebelahan rumahnya.

"Saya bersyukur kerana di usia begini saya masih boleh melakukan ibadat dengan sempurna. Alhamdulillah solat tarawih pun belum pernah tinggal untuk Ramadan kali ini dan saya harap ALLAH SWT bagi kekuatan kepada saya," katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya.

Siti berkata, dia mempunyai lima anak, 17 cucu dan 14 cicit.

Siti yang juga seorang bidan kampung turut aktif menghasilkan ubat khas untuk kesihatan diri wanita.

Siti Hamid
Siti Hamid

"Saya mula menghasilkan ubat ini sejak berusia 30 tahun dan turut mengamalkan ubat berkenaan. Bahan-bahan untuk menghasilkan ubat ini turut dicari sendiri seperti akar kayu, rempah ratus, garam, ibu kunyit dan pelbagai lagi," katanya.

Artikel Berkaitan:

"Anak saya semua sudah berkahwin dan ada keluarga masing-masing. Anak bongsu berumur 40 tahun lebih. Setiap kali hari raya saya kena tempah khemah untuk dipasang di halaman rumah kerana ruang dalam rumah tak muat untuk anak cucu," katanya.

Katanya, ubat ini dijual dengan harga RM5 sebungkus dan sehingga kini ubat berkenaan mendapat permintaan baik.

Selain daripada solat sunat terawih, Siti tidak ketinggalan menjadikan al-Quran sebagai rakan karibnya.

"Setiap malam saya akan membaca al-Quran kerana saya yakin meskipun kita punya harta yang banyak namun amalan sahaja yang mampu membantu kita di akhirat," katanya.

Siti juga turut bergaul bersama masyarakat kampung dengan mengikuti jemaah surau untuk bertadarus dan belajar agama.

"Jangan rasa kita pandai, belajarlah sehingga tua sebab lagi banyak kita belajar lagi banyak benda yang kita tak tahu," katanya.

Siti tekun mengalunkan ayat suci al-Quran bersama rakan-rakan sekampung ketika menghadiri majlis ilmu yang diadakan setiap pagi di dewan berhampiran rumahnya.
Siti tekun mengalunkan ayat suci al-Quran bersama rakan-rakan sekampung ketika menghadiri majlis ilmu yang diadakan setiap pagi di dewan berhampiran rumahnya.

Tambahnya, untuk memastikan badan terus bertenaga dia juga berpesan agar sentiasa bercakap perkara yang positif.

"Hati kita kuat kerana dia adalah raja dalam hidup kita, kalau baik raja kita makan baiklah perbuatan kita dalam kehidupan," katanya.