Israel longgarkan sekatan zon tangkap ikan

Aktivis hak asasi manusia mendakwa zon menangkap ikan masih kurang daripada jarak 37 kilometer yang dipersetujui di bawah Perjanjian Oslo.
Aktivis hak asasi manusia mendakwa zon menangkap ikan masih kurang daripada jarak 37 kilometer yang dipersetujui di bawah Perjanjian Oslo.
A
A
A

TEL AVIV - Israel semalam mengumumkan ia telah melonggarkan sekatan menangkap ikan di Genting Gaza selepas gencatan senjata dicapai bersama Hamas untuk menghentikan konflik yang tercetus pada awal bulan lalu.

Menurut COGAT, sebuah unit yang menyelia peraturan itu di Kementerian Pertahanan di Tel Aviv, had tersebut telah diperluaskan sehingga 28 kilometer dari pantai.

Ia bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut tentang perkara itu berikutan jarak tersebut pada asalnya dihadkan kepada 11 kilometer di kawasan utara berhampiran sempadan Israel, 22 kilometer di luar Gaza dan 28 kilometer di selatan berhampiran sempadan Mesir.

Difahamkan, zon larangan menangkap ikan itu telah dikuatkuasakan menjelang Pilihan Raya Umum Israel pada bulan lalu.

Sementara itu, jurucakap kesatuan nelayan Gaza, Zakaria Bakr berkata, mereka belum dimaklumkan tentang perubahan itu.

Lewat kelmarin, media Israel melaporkan kandungan perjanjian gencatan senjata selama enam bulan yang ditaja Mesir dan PBB itu termasuk memperluaskan zon menangkap ikan dan memindahkan bekalan ubat-ubatan dan bantuan lain ke Genting Gaza. - AFP

Artikel Berkaitan: