Bisnes Jamie Oliver bankrap, 1,300 chef bakal hilang kerja

Jamie Oliver
Jamie Oliver
A
A
A

LONDON - Kira-kira 1,300 pekerja di rangkaian restoran Itali milik chef selebriti British, Jamie Oliver bakal hilang kerja selepas aset itu kini diletakkan di bawah perlindungan pemiutang.

Menurut laporan BBC, 22 daripada 25 rangkaian restoran itu sudah ditutup termasuk Fifteen, Jamie Oliver's Diner dan restoran stik Barbecoa di London.

Dua restoran Itali dan Jamie's Oliver Diner di Lapangan Terbang Gatwick akan meneruskan operasi untuk jangka masa pendek.

Bagaimanapun, 25 restoran Itali Oliver di luar negara dan Fifteen di Cornwall yang dikendalikan francais tidak terjejas.

Masalah terbabit dikhuatiri akan menutup perniagaan restoran yang diusahakan Oliver, 43, sejak 2006.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pekerja dan pembekal atas kesungguhan mereka dalam perniagaan ini sejak sedekad lalu,” katanya dalam satu kenyataan.

Tahun lalu, rangkaian terbabit diselamatkan dari bankrap selepas Oliver pada saat akhir menyalurkan 13 juta pound (RM69.31 juta).

Oliver, 43, merupakan individu terkenal di United Kingdom selepas program masakan, The Naked Chef menjadi siri masakan popular.

Artikel Berkaitan: