Najib setuju tajuk debat kleptokrasi Kit Siang

A
A

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak setuju dengan tajuk debat yang dicadangkan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.

Ahli Parlimen Pekan itu bersetuju dengan tajuk debat yang dikemukakan Kit Siang iaitu, “Bagaimana Malaysia menjadi sebuah negara kleptokrasi dan bagaimana kita menjadi negara berintegriti.

Namun, beliau turut berharap topik lain juga dapat dibincangkan dalam perdebatan antara mereka berdua nanti.

“Lim Kit Siang telah bersetuju untuk berdebat dengan saya, beliau cadangkan topik debat seperti berikut “Bagaimana Malaysia menjadi sebuah negara kleptokrasi dan bagaimana kita menjadi negara berintegriti”.

“Saya terima tajuk yang disarankannya tetapi seadilnya dan semoleknya kita perlu bincangkan topik-topik lain semasa debat ini,”katanya menerusi hantaran Facebooknya, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Kit Siang sambut cabaran Najib tapi mahu isu kleptokrasi

Najib juga mencadangkan agar sesi debat itu diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri dan disiarkan secara langsung supaya rakyat mengetahuinya.

Hari ini, Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu menyahut cabaran Najib untuk berdebat.

Bagaimanapun, Kit Siang mempersoalkan sama ada Najib bersedia berdebat tentang isu klepotokrasi global dan menjadi negara berintegriti.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia