Kit Siang sambut cabaran Najib tapi mahu isu kleptokrasi

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang menerima cabaran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berdebat.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu mempersoalkan sama ada Najib bersedia untuk berdebat tentang isu keltokrasi global dan menjadi negara berintegriti.

"Patutkah seorang berdebat dengan seorang kleptokrat dan suka berbohong ? Mungkin inilah tajuk terbaik untuk didebatkan ialah 'bagaimana Malaysia menjadi kleptokrasi global dan bagaimana kita dapat menjadi contoh negara berintegriti'.

"Pilihan sekarang di tangan Najib," katanya menerusi satu kenyataan yang diedar menerusi emel dan akaun laman sosialnya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cabaran Najib supaya mereka berdua melakukan debat secara bebas kerana mendakwa pemimpin DAP itu obses terhadap dirinya.

Menurut Kit Siang, beliau tidak sedikitpun berminat dengan Najib jika bukan kerana Ahli Parlimen Pekan itu telah meninggalkan legasi kleptokrasi sehingga melakukan kerosakan yang sangat besar kepada Malaysia.

"Najib menuduh saya obses dengan beliau, namun ternyata beliau salah. Saya tidak akan berminat dengan beliau jika beliau adalah satu-satunya rakyat Malaysia yang menyebabkan kerosakan besar kepada Malaysia pada hari ini dan generasi akan datang dengan legasi kleptokrasinya.

"Malah, beliau juga telah memalukan nama bapanya Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan legasinya," kata beliau.

Artikel Berkaitan: