KPDNHEP Batu Pahat laksana Ops Bazar Ramadan

Penguatkuasa KPDNHEP Batu Pahat sedang melakukan rondaan Ops Bazar Ramadan.
Penguatkuasa KPDNHEP Batu Pahat sedang melakukan rondaan Ops Bazar Ramadan.
A
A
A

BATU PAHAT - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Batu Pahat akan terus melaksanakan Ops Bazar Ramadan di daerah ini yang bermula pada 6 Mei lalu.

Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Abdul Wahid Ahmad berkata, sehingga kini pihaknya juga telah melaksanakan sebanyak 522 pemeriksaan di bazar-bazar Ramadan yang terdapat di daerah ini.

"Hasil daripada pemeriksaan yang dijalankan, secara keseluruhannya peniaga patuh dengan undang-undang yang dikuatkuasakan KPDNHEP seperti pematuhan untuk meletakkan tanda harga dan penggunaan alat timbang yang ditentusahkan.

"Dalam tempoh ini juga, hanya 10 notis amaran dan peringatan telah dikeluarkan terhadap peniaga bazar dan kami komited dan akan meneruskan pemeriksaan serta penguatkuasaan di Bazar Ramadan bagi memastikan peniaga sentiasa mematuhi undang-undang," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, bagi tindakan penguatkuasaan bagi bulan Januari hingga 20 Mei 2019, KPDNHEP Batu Pahat telah memeriksa sebanyak 5,763 premis dengan penghasilan sebanyak 65 kes di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, Akta Timbang Dan Sukat 1972, Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Perihal Dagangan 2011.

Menurutnya, kesemua kes melibatkan nilai rampasan bernilai RM4,400 dengan kutipan kompaun berjumlah RM5,000 dan sepanjang tempoh ini juga, KPDNHEP Batu Pahat telah menerima sebanyak 74 aduan daripada pengguna dan telah berjaya disiasat serta diselesaikan.

"Kami mengucapkan terima kasih di atas aduan dan juga maklumat yang diterima daripada orang ramai khususnya berkaitan isu-isu kepenggunaan dan penyelewengan dan kami juga mengalu-alukan sebarang cadangan, aduan atau maklumat kepada kami," katanya.

Artikel Berkaitan: