Ejen tarik kereta disembur racun serangga

Paparan skrin video insiden tarik kereta yang tular di media sosial, semalam.
Paparan skrin video insiden tarik kereta yang tular di media sosial, semalam.
A
A
A

SEMALAM tular sebuah video seorang wanita menjerit dan menyembur racun serangga kepada ejen penarik kereta selepas dia didakwa gagal melangsaikan bayaran tunggakan keretanya.

Menerusi video berdurasi 30 saat itu, seorang lelaki berusia dihalau dan disembur dengan racun serangga selain dituduh perogol ketika dia cuba menarik kereta berkenaan.

Bimbang keadaan menjadi lebih buruk, kedua-dua ejen tersebut membiarkan wanita dikenali sebagai Nurul Adlina Chek Pi berlalu pergi.

Tidak lama kemudian, tular pula maklumat kononnya kereta wanita berkenaan mempunyai rekod tunggakan selama lima bulan.

Tidak hanya mendiamkan diri, Nurul Adlina memuat naik kenyataan dan laporan polis yang dibuat sekali gus bagi mengelakkan dirinya daripada terus dikecam netizen.

Menurut Nurul Adlina, kedua-dua ejen penarik kereta itu tidak mengikut prosedur yang betul untuk menarik kereta.

“Semasa keluar dari bank, saya didatangi dua lelaki dan berkasar dengan saya dan anak. Mereka beritahu mahu tarik kereta yang bukan milik saya dan sekiranya saya tidak mahu beri kereta, saya perlu bayar kepada mereka.

“Jika mereka ejen yang sah, mereka tahu undang-undang untuk tarik kereta. Wajar bagi saya bertindak demikian kerana ingin mempertahankan diri dan anak saya,” tulisnya.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan, kedua-dua pihak telah membuat laporan polis dan kejadian sedang disiasat.