Annuar ‘backup’ Nurul Izzah?

Ciapan Annuar di laman mikto Twitter miliknya.
Ciapan Annuar di laman mikto Twitter miliknya.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Peletakan jawatan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bukan sahaja mendapat reaksi rakan seperjuangannya malah lawan dari parti lain turut sama berkongsi pandangan.

Tidak terkecuali Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa yang mempersoalkan tindakan sesetengah individu yang seolah-olah mendiskriminasikan beliau.

Menerusi ciapan di laman Twitter beliau, Annuar mengakui beliau tidak faham di mana wujudnya unsur nepotism dalam pelantikan Nurul Izzah sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Pulau Pinang.

“Saya tak faham apa itu nepotism? Kalau dah menang dipilih sebagai MP (Ahli Parlimen) oleh rakyat, menang dipilih jadi Naib Presiden oleh ahli, tak kan tak boleh diberi amanah jaga negeri...

“Kenapa harus didiskriminasikan dia?," soalnya dalam Twitter beliau.

Sebentar tadi, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu membuat pengumuman mengejutkan meletak jawatan Naib Presiden PKR.

Anak kepada Presiden PKR itu turut melepaskan jawatan Pengerusi PKR Pulau Pinang.

Dalam satu kenyataan kepada media hari ini, Nurul Izzah mengesahkan perkara ini dan menegaskan beliau akan mengekalkan jawatan sebagai Ahli Parlimen sehingga pemilihan seterusnya diadakan.

Artikel Berkaitan:

"Satu-satunya kekesalan saya ialah, pengumuman ini sepatutnya dibuat lebih awal, tetapi ia bukan mudah.

"Perkembangan politik berlaku dengan pantas sejak sembilan bulan terakhir ini dengan pemilihan parti menyusul selepas kempen pilihan raya umum yang melelahkan," katanya.