Maut rempuh bas

Keadaan motosikal Muhammad Azam selepas terlibat kemalangan di Kilometer 68, Jalan Gua Musang-Kuala Krai kira-kira jam 9.15 pagi tadi.
Keadaan motosikal Muhammad Azam selepas terlibat kemalangan di Kilometer 68, Jalan Gua Musang-Kuala Krai kira-kira jam 9.15 pagi tadi.
A
A
A

GUA MUSANG - Seorang pemandu motosikal berkuasa tinggi maut selepas merempuh sebuah bas ekspres di Kilometer 68, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini pagi tadi.

Dalam kejadian jam 9.15 pagi, mangsa, Muhammad Azam Shafie Salleh, 26, yang beralamat di Kampung Simpang Empat Limbat, Kota Bharu cedera parah di kepala dan bahagian pinggang.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Taufik Maidin berkata, mangsa dibawa ke Hospital Kuala Krai (HKK) namun disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan.

"Mangsa menunggang motosikal jenis Kawasaki ZR800 dari Gua Musang menghala ke Kuala Krai sebelum hilang kawalan di kawasan selekoh lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan.

"Motosikalnya turut merempuh bas di bahagian pemandu yang menghala ke Gua Musang menyebabkannya tercampak ke dalam longkang di sebelah kiri jalan," katanya.

Menurutnya, pemandu bas, Hazli Shafiain, 37, hanya mengalami cedera ringan dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: