Pemandu lori rentung rempuh treler

Keadaan lori yang terbakar akibat kemalangan tersebut di KM 18 Jalan Lipis-Merapoh-Gua Musang dekat Selendang petang tadi.
Keadaan lori yang terbakar akibat kemalangan tersebut di KM 18 Jalan Lipis-Merapoh-Gua Musang dekat Selendang petang tadi.
A
A
A

KUALA LIPIS - Seorang pemandu lori rentung selepas terlibat kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer (KM)18 Jalan Lipis -Merapoh-Gua Musang di Selendang hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.55 petang itu, mangsa yang memandu lori tiga tan dari arah Gua Musang itu dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh treler tersebut.

Ketua Polis daerah, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, setakat ini identiti mangsa masih belum diketahui.

Keadaan treler yang remuk akibat kemalangan tersebut.
Keadaan treler yang remuk akibat kemalangan tersebut.

"Akibat kemalangan ini menyebabkan lori itu terbalik dan terbakar bersama pemandunya manakala pemandu treler yang berusia 28 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat dan identiti serta waris mangsa sedang dikenal pasti.

"Kedua-dua kenderaan dibawa ke Puspakom untuk pemeriksaan dan pemandu treler itu akan dibawa menjalani ujian saringan awal air kencing.

"Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,"katanya lagi.

Artikel Berkaitan: