Bayaran khas RM500 kepada penjawat awam dibayar esok

Lim Guan Eng
Lim Guan Eng
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Bayaran khas sebanyak RM500 kepada penjawat awam gred 54 dan ke bawah yang dicadangkan dalam Belanjawan 2019 akan dibayar esok.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, seramai 1.4 juta penjawat awam kerajaan Persekutuan merangkumi pegawai lantikan tetap serta pegawai kontrak akan menerima bayaran berkenaan.

“Kerajaan memutuskan untuk membayar sebelum hujung tahun bagi membantu ibu bapa dalam kalangan penjawat awam dengan persiapan untuk persekolahan anak mereka menjelang tahun baharu.

“Kerajaan juga akan membuat bayaran khas sebanyak RM250 kepada hampir 800,000 pesara bagi mengenangkan khidmat bakti mereka ,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Guan Eng menambah, sungguh pun bayaran khas itu yang akan menelan perbelanjaan sebanyak RM1 bilion tidak diperuntukkan lebih awal dalam Belanjawan 2018, namun kerajaan PH masih boleh mencari wang menerusi penjimatan dengan menjalankan pentadbiran yang bersih serta Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT).

Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2019 pada 2 November lalu mengumumkan bayaran khas sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 54 dan ke bawah dan sebanyak RM250 kepada pesara kerajaan.

Artikel Berkaitan: