Bomoh Brazil serah diri

Joao Teixeira de Faria
Joao Teixeira de Faria
A
A
A
BRASILIA - BRAZIL . Seorang bomoh Brazil yang dituduh melakukan penderaan seksual terhadap lebih 300 wanita menyerah diri selepas menjadi buruan pihak berkuasa.

Joao Teixeira de Faria, 76, atau ‘John of God’ mengetuai sebuah pusat pemulihan rohani di Goias, sebuah bandar kecil di tengah Brazil sejak 1976, dia yang pernah menjadi selebriti selepas Oprah Winfrey menyiarkan laporan mengenai kaedah penyembuhan pada 2013, mempunyai pengikut dari seluruh dunia.

Pada awal Disember, sekumpulan wanita mendakwa penyembuh kerohanian itu melakukan gangguan seksual terhadap mereka di kliniknya.

Faria bagaimanapun, menafikan segala tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.

Jumaat lalu, waran tangkap dikeluarkan terhadap Faria sehingga jam 2 petang waktu tempatan untuk menyerah diri, selepas gagal berbuat demikian, Faria secara rasmi diperintahkan diburu pihak berkuasa.
Artikel Berkaitan:


Namun pada Ahad lalu,sebuah stesen televisyen melaporkan Faria yang kelihatan letih, keluar daripada sebuah kenderaan sebelum menyerah diri kepada pihak berkuasa di Abadiania.

Faria berdepan tuduhan rogol dan boleh dikenakan hukuman penjara 10 hingga 15 tahun jika disabitkan bersalah. -Reuters.