Sultan Perak berkenan berbuka puasa bersama media

Pengurusan tertinggi organisasi media menghadiri majlis berbuka puasa bersama Sultan Nazrin Shah di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar, malam tadi. - Foto Bernama

A
A
A

KUALA KANGSAR - Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama-sama wakil media, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sektor korporat, swasta, syarikat berkaitan kerajaan dan belia di Istana Iskandariah di sini malam tadi.

Turut berangkat Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim. Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan isteri, Datin Seri Dr Nomee Ashikin Mohamed Radzi.

Pengurusan tertinggi organisasi media menghadiri majlis berbuka puasa bersama Sultan Nazrin Shah di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar, malam tadi. - Foto Bernama
Pengurusan tertinggi organisasi media menghadiri majlis berbuka puasa bersama Sultan Nazrin Shah di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar, malam tadi. - Foto Bernama

Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub, Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datuk Seri Azman Ujang dan beberapa pengurusan tertinggi organisasi media juga menghadiri majlis itu.

Baginda turut berkenan menerima cek zakat perniagaan daripada lapan agensi dengan jumlah keseluruhan RM5.8 juta bagi tahun kewangan berakhir 2017 dan 2018.

Agensi terbabit ialah PLUS Malaysia Berhad (RM4.06juta), Pertubuhan Peladang Negeri Perak (RM457,388), Perbadanan Menteri Besar Perak dan Anak-Anak Syarikat (RM330,000), Perak Integrated Network Services Sdn Bhd (RM330,000).

Pengurusan tertinggi organisasi media menghadiri majlis berbuka puasa bersama Sultan Nazrin Shah di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar, malam tadi. - Foto Bernama
Pengurusan tertinggi organisasi media menghadiri majlis berbuka puasa bersama Sultan Nazrin Shah di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar, malam tadi. - Foto Bernama

Turut menyerahkan zakat malam tadi ialah Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (RM202,512), Universiti Sultan Azlan Shah (RM182,026), Koperasi Guru Melayu Perak Berhad (RM106,035), Pertubuhan Peladang Kawasan Seberang Perak (RM105,013).

Artikel Berkaitan:

Sultan Nazrin turut menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih bersama para tetamu. - Bernama