Lebih 1,000 warga Shah Alam meriahkan Iftar ala Madinah

Orang ramai tidak melepaskan peluang memeriahkan Iftar ala Madinah di Dataran Kemerdekaan Shah Alam ini.
Orang ramai tidak melepaskan peluang memeriahkan Iftar ala Madinah di Dataran Kemerdekaan Shah Alam ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Berbuka puasa beramai-ramai bersama keluarga dan rakan antara pengisian di program Iftar ala Madinah anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), semalam.

Program yang dihadiri lebih dari 1,000 orang awam sekitar Shah Alam ini diadakan bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Mohd Rashidi Ruslan berkata, program ini diadakan buat julung-julung kalinya oleh MBSA.

"Program ini merupakan sebahagian daripada Hari Tanpa Kenderaan Edisi Ramadan dan mendapat sambutan memberangsangkan daripada warga Shah Alam dan sekitar Lembah Kelang.

"Iftar ala Madinah yang julung kalinya diadakan di Bandaraya Shah Alam ini menyaksikan aktiviti berbuka puasa secara beramai-ramai di atas jalan raya sekitar Dataran Kemerdekaan Shah Alam ini," katanya.

Iftar ala Madinah merupakan program yang julung-julung kalinya dianjurkan MBSA bersama pihak JAIS di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.
Iftar ala Madinah merupakan program yang julung-julung kalinya dianjurkan MBSA bersama pihak JAIS di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Beliau berkata demikian kepada media selepas program Iftar Ala Madinah di Dataran Kemerdekaan Shah Alam di sini semalam.

Katanya, MBSA telah bekerjasama dengan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi menjayakan program ini.

Artikel Berkaitan:

"Sebanyak 1,200 juadah iftar disediakan oleh MBSA manakala 800 lagi disediakan JAIS kepada pengunjung yang hadir.

"Antara pengisian program ini adalah tazkirah santai oleh PU Azman, solat Maghrib berjemaah, solat Isyak dan solat Tarawih," katanya.

Menurutnya, bagi memeriahkan suasana Ramadan ini, MBSA turut mengadakan program sembang sahur.

"Program berkonsepkan Street Dakwah ini telah dianjurkan oleh MBSA sejak 2015 diadakan bagi merapatkan silaturahim antara MBSA dan warga Shah Alam.

"Sekali gus ia merupakan platform MBSA untuk menyampaikan maklumat dan pendedahan kepada orang ramai mengenai keindahan dan kelebihan bulan Ramadan ini," katanya.

Sebanyak 1,200 juadah iftar disediakan oleh MBSA manakala 800 lagi disediakan JAIS kepada pengunjung yang hadir.
Sebanyak 1,200 juadah iftar disediakan oleh MBSA manakala 800 lagi disediakan JAIS kepada pengunjung yang hadir.

#iftaralaMadinah #MBSA #SinarHarianEdisiSelangorKL SHAH ALAM - Berbuka puasa beramai-ramai bersama keluarga dan rakan antara pengisian di program Iftar ala Madinah anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), semalam. Program yang dihadiri lebih dari 1,000 orang awam sekitar Shah Alam ini diadakan bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/28870/EDISI/Selangor-KL/Lebih-1000-warga-Shah-Alam-meriahkan-Iftar-ala-Madinah LAPORAN MOJO MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI

Posted by Sinar Harian Edisi Selangor & KL on Sunday, May 19, 2019