Lelaki warga emas dikhuatiri hilang ketika cari siput

166497
166497
A
A
A

LUMUT - Seorang lelaki berumur 50-an dikhuatiri hilang ketika mencari siput di muara sungai berhampiran Jambatan Kampung Tebuk, Kampung Baru Sitiawan, di sini hari ini.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan Abdul Rahman Mat berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tersebut kira-kira jam 4.43 petang.

“Setakat ini operasi menyelamat sedang dijalankan, dan lokasi pencarian diluaskan sejauh setengah kilometer dari tempat mangsa dilaporkan hilang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Abdul Rahman, maklumat awal mendapati mangsa pergi ke kawasan tersebut bersama seorang lagi rakannya kira-kira jam 10 pagi tadi, sebelum rakan mangsa yang sedang menjala, menyedari rakannya itu hilang. - Bernama

Artikel Berkaitan: