Akaun palsu Israel kena sekat di Facebook

Akaun terbabit didakwa menyasarkan pengguna Facebook di Asia Tenggara, Amerika Latin dan Afrika.
Akaun terbabit didakwa menyasarkan pengguna Facebook di Asia Tenggara, Amerika Latin dan Afrika.
A
A
A

SAN FRANCISCO - Laman media sosial Facebook dan Instagram mengambil tindakan tegas tegas terhadap akaun yang mempunyai kaitan dengan aktiviti Israel selepas didapati melanggar privasi pengguna lain selain mempromosikan ucapan kebencian.

Syarikat terbabit mengumumkan ia telah menyekat 265 akaun, halaman dan kumpulan yang dikaitkan dengan Israel.

“Mereka yang terlibat dalam aktiviti itu melakukan tingkah laku tidak wajar dengan menyasarkan pengguna di Asia Tenggara, Amerika Latin dan Afrika. Mereka yang berada di belakang rangkaian itu turut menggunakan akaun palsu untuk menyebarkan propaganda,” kata Ketua Dasar Keselamatan Siber, Nathaniel Gleicher.

Beliau turut mengenal pasti syarikat perundingan politik berpusat di Tel Aviv, Archimedes Group sebagai sumber aktiviti gerakan terbabit.

Difahamkan, Archimedes mempunyai 65 akaun Facebook, 161 halaman dan empat akaun Instagram.

Mereka yang beroperasi di sebalik akaun itu didakwa berpura-pura menjadi wartawan akhbar tempatan dan menyebarkan maklumat palsu tentang ahli politik.

“Pentadbir halaman dan pemilik akaun terbabit sering memuat naik berita politik termasuk topik seperti pilihan raya di pelbagai negara, pandangan calon dan kritikan terhadap lawan politik,” ujarnya lagi.

Jelasnya, kempen itu turut mengeluarkan kira-kira AS$812,000 (RM3.4 juta) untuk bayaran iklan di Facebook. - Agensi

Artikel Berkaitan: