Berhentilah jadikan Zahid sebagai alasan: Ahmad Maslan

ahmad-maslan
ahmad-maslan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan menegaskan beliau tidak akan keluar Umno meskipun ramai pemimpin Umno berbuat demikian baru-baru ini.

Dalam ciapan di Twitter beliau, Ahmad berkata beliau menang bertanding dalam PRU14 sebagai calon Umno dengan membawa lambang BN.

Menurutnya, Umno juga adalah parti yang telah banyak berjasa kepada orang Melayu dan rakyat Malaysia.

“Saya telah aktif sejak awal, jadi Pengerusi Kelab Umno Wellington New Zealand.

“Umno demi #ABATA, Agama Bangsa Tanah Air!,” ciapnya.

Dalam ciapan berbeza, beliau turut menasihatkan pemimpin Umno dengan memberitahu rakyat tidak suka kepada mereka yang khianati perjuanga dan tinggalkan kawan.

Pesan beliau lagi, mereka yang hendak tinggalkan Umno perlulah berfikir bahawa kesetiaan adalah sifat terpuji.

“Berhentilah jadikan Presiden Umno sebagai alasan.

Artikel Berkaitan:

“Anda keluar atas sebab yang rasanya lebih kepada kepentingan peribadi,” ujarnya.