Dua ditahan rompak mekanik guna parang

Kawasan di mana mangsa disamun.
Kawasan di mana mangsa disamun.
A
A
A

KULIM - Dua lelaki yang terlibat kes merompak ditahan polis di tepi Jalan Hitech Fasa 4 pada 13 Mei lalu.

Dua lelaki berusia 23 dan 30 tahun bekerja sebagai operator dan mekanik itu ditahan jam 12.30 tengah hari.

Pemangku Ketua Polis daerah Kulim, Deputi Superintendan Safuan Md Nor berkata, dalam kejadian 10 pagi pada 12 Mei lalu, dua lelaki menaiki motosikal bertindak menahan seorang mekanik yang menunggang sebuah motosikal.

Menurutnya, salah seorang suspek mengeluarkan parang bagi menggertak mangsa berusia 21 tahun.

"Mangsa telah bergelut dengan salah seorang daripadanya.

"Kemudian suspek telah mengambil telefon dan dompet milik mangsa yang mengandungi dokumen peribadi dan wang tunai RM250," katanya.

Menurutnya, polis juga telah merampas sebuah motosikal jenis Sym Ebonus dan sebuah telefon bimbit daripada suspek.

Safuan berkata, dua lelaki itu direman tujuh hari dan kes disiasat bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: