Empat lelaki lepaskan tembakan di kuil ditahan

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Polis semalam menahan empat lelaki termasuk pemilik senjata api yang melepaskan tembakan ke udara semasa satu upacara di sebuah kuil di Parit 4, Sungai Burong, Tanjong Karang, dekat sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Kuala Selangor, Superintendan Md Asri A Wahab berkata, kesemua suspek berusia 36 hingga 72 tahun itu ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor, dekat sini, pada jam 7 malam tadi.

"Polis telahpun mendapatkan perintah reman selama dua hari sehingga esok terhadap kesemua individu itu," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Beliau berkata polis turut merampas sepucuk senapang patah bersama 17 butir peluru daripada pemilik senjata api itu berusia 70 tahun.

"Kes disiasat dibawah Seksyen 39 Akta Senjata 1960," katanya.

Terdahulu tular beberapa video memaparkan sekumpulan individu menggunakan sepucuk senapang patah melepaskan kira-kira 20 das tembakan ke udara semasa satu upacara di Kuil Sri Pachai Marathu Muniandy itu.- Bernama

Artikel Berkaitan: