Ronnie Hussien timang cahaya mata lelaki

ronnie-(3)
ronnie-(3)
A
A
A

PENYANYI Ronnie Hussien selamat menimang cahaya mata kedua apabila isterinya, Hafizah Yahya melahirkan seorang bayi lelaki pada petang Khamis.

Ronnie atau nama sebenarnya Shahron Hussien, 38, yang berkongsi berita gembira tersebut di laman Instagramnya turut memuat naik gambar pertama cahaya matanya itu.

“Allahuakbar... Allahuakbar... Allahuakbar!! Alhamdullillah syukur kepada Allah, isteri saya @fizayahya81 telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki, anak kedua kami petang tadi,” kongsi Ronnie.

Dalam pada itu, bekas vokalis Hyperact yang cukup dikenali menerusi lagu Harapan ini turut merakamkan ucapan terima kasihnya buat peminat dan pengikutnya di Instagram yang tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan buatnya dan keluarga.

“Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan,” tulisnya,” ucap Ronnie.

ronnie-(1)
ronnie-(1)

Artikel Berkaitan: