Kerjasama UMNO-Pas mampu tawan Putrajaya

Abd Rahman (kiri) bersama kepimpinannya beramah-mesra bersama penduduk pada Majlis Pemberian Bubur Lambuk di Pekan Bagan Terap di sini.
Abd Rahman (kiri) bersama kepimpinannya beramah-mesra bersama penduduk pada Majlis Pemberian Bubur Lambuk di Pekan Bagan Terap di sini.
A
A
A

SABAK BERNAM - Kerjasama dan perpaduan antara UMNO dan Pas yang dijalin ketika ini perlu dipertahan bagi menawan kembali Putrajaya sekali gus merampas beberapa negeri termasuk Selangor pada PRU15.

Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam, Datuk Abd Rahman Bakri berkata, gabungan antara kedua-dua parti itu bukanlah bersifat retorik atau bersifat rasis, sebaliknya merupakan penyatuan parti Melayu dan umat Islam terbesar di negara ini.

"Kita lihat bahawa momentum orang Melayu terutama penyokong atas pagar, mereka sudah kembali menyokong penyatuan antara UMNO dan Pas.

"Kalau kita lihat program kenduri-kendara, kematian, program yang dianjurkan bersama antara Pas dan UMNO di surau dan masjid, begitu ramai yang hadir termasuklah ahli kedua-dua parti ini sendiri," katanya pada Majlis Pemberian Bubur Lambuk di Pekan Bagan Terap di sini.

Abd Rahman berkata, kekuatan dan keutuhan seperti inilah diperlukan UMNO dan Pas bagi meraih kembali sokongan rakyat.

"Kita lihat rakyat yang sebelum ini tak pernah keluar (menyokong) mula menyatakan rasa bangga dan menzahirkan sokongan mereka serta terharu dengan penyatuan dua parti terbesar ini.

"Inilah yang mencerminkan kekuatan antara UMNO dan Pas sekali gus boleh mendapat kejayaan pada PRU15 nanti," katanya.

Bagaimanapun, katanya, setiap ahli kedua-dua parti itu diingatkan terus istiqamah dalam perjuangan, selain tidak mudah terpedaya dengan pihak yang cuba merosakkan hubungan antara UMNO dan Pas.

Artikel Berkaitan:

"Mereka mula sedar dan takut bahawa keutuhan dan perpaduan antara UMNO dan Pas ini boleh merencatkan cita-cita politik mereka bagi meneruskan kecemerlangan pada pilihan raya umum akan datang.

"Saya yakin ahli UMNO dan Pas sentiasa bermuhasabah diri serta tidak menghiraukan apa yang berlaku asalkan kita dapat perkukuh kerjasama demi mendapatkan sokongan rakyat," katanya.