Pelajar maut dirempuh lori

Keadaan motosikal mangsa akibat rempuhan lori di Jalan Karangan-Mahang petang semalam.
Keadaan motosikal mangsa akibat rempuhan lori di Jalan Karangan-Mahang petang semalam.
A
A
A

KULIM - Seorang pelajar sekolah maut apabila motosikal ditunggangnya bertembung sebuah lori di Jalan Karangan-Mahang (Hadapan Jirat Cina Sungai Kob) petang semalam.

Pemangku Ketua Polis Kulim, Deputi Superintendan Safuan Md Nor berkata, pihak menerima panggilan berhubung kejadian jam 3.50 petang daripada orang awam.

Menurutnya, kemalangan itu mengakibatkan Nurul Syafika Johari, 16, beralamat Karangan Kedah maut di tempat kejadian manakala pemandu lori berusia 45 tahun dari Batu Kurau Perak tidak cedera.

"Siasatan di tempat kemalangan mendapati mangsa telah hilang kawalan sewaktu melalui selekoh lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung lori.

"Mangsa dibawa ke unit forensik Hospital Kulim untuk bedah siasat," katanya.

Beliau berkata, semua pengguna kenderaan terutamanya penunggang motosikal dinasihati berlesan, pakai tali pinggang dan patuhi undang-undang jalan raya.

Beliau berkata, kes disiasat bawah Sekyen 41(1)(a) APJ 1987.

Artikel Berkaitan: